Berita UtamaDunia

Israel mungkin mahu lanjutkan lagi gencatan senjata: Laporan

Rejim Zionis beri amaran kepada penduduk Palestin tidak pindah ke utara Gaza

TEL AVIV, 15 Jamadilawal 1445H, Rabu – Perbadanan Penyiaran Israel melaporkan bahawa Israel sedang mengkaji satu lagi lanjutan gencatan senjata yang kini memasuki hari terakhir, hari ini.

“Ia bergantung kepada tindakan Hamas,” kata seorang pegawai politik Israel.

Sumber itu berkata, rundingan untuk perjanjian baharu akan dibincangkan oleh pimpinan politik dalam masa terdekat.

Ketua Agensi Perisikan Pusat AS dan Mossad Israel bertemu di Qatar untuk membincangkan lanjutan gencatan senjata serta tawanan yang ditahan oleh pejuang Palestin di Gaza.

Dalam perkembangan lain, tentera Israel sekali lagi memberi amaran kepada rakyat Palestin supaya tidak berpindah ke utara Gaza.

Dalam catatan di X, tentera Israel telah memberi amaran kepada rakyat Palestin supaya tidak pergi ke utara Gaza walaupun wujud lanjutan gencatan senjata.

“Jangan cuba berpindah ke utara Gaza, yang dianggap zon perang. Anda hanya boleh bergerak ke selatan Wadi Gaza melalui Jalan Salah al-Din. 

“Dilarang menghampiri dalam jarak satu kilometer dari sempadan. Dilarang pergi ke arah laut,” kata tentera pengganas Israel.

Terbaharu, wartawan laman web berita Israel Walla, Amir Bohbot melaporkan berlaku insiden tembakan kedua di pantai Gaza.

“Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah bot Palestin yang cuba keluar ke laut lepas dari pantai Deir el-Balah. Bot itu kembali ke pantai,” tulisnya di X.

Wartawan Al Jazeera sebelum ini melaporkan bahawa bot Israel membedil pantai Khan Younis di selatan Gaza pada waktu Subuh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button