Dunia

Palestin rekod 1,158 kes baharu COVID-19 dalam 24 jam

Tebing Barat catat jumlah kes tertinggi diikuti Semenanjung Gaza

RAMALLAH, 2 Rabiulakhir 1442H, Rabu – Palestin merekodkan lebih 1,150 kes jangkitan baharu COVID-19 dengan 11 kematian pada Selasa. 

Kementerian Kesihatannya memaklumkan, sembilan kes kematian dilaporkan di Tebing Barat yang dijajah, sementara dua lagi di Semenanjung Gaza. 

Menteri Kesihatan, Mai al-Kaila memberitahu, sebanyak 1,158 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam terakhir.

Daripada jumlah itu, sebanyak 672 kes direkodkan di Tebing Barat dan 486 lagi di Semenanjung Gaza. 

Angka jangkitan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes di Palestin kepada 77,320 , termasuk 658 kematian dan 68,327 kes pulih.

Menteri berkata, sehingga kini seramai 44 pesakit COVID-19 yang berada di unit rawatan rapi (ICU). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button