Berita UtamaDunia

Jordan, UAE, Bahrain mahu keamanan lebih adil buat Palestin

Setuju penyelesaian dengan Israel jamin penubuhan negara merdeka

CAIRO, 3 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Pemimpin dari Jordan, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam membincangkan mengenai perlunya mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh bagi rakyat Palestin.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika sidang kemuncak tiga hala antara Raja Jordan, Raja Abdullah II; Raja Bahrain, Hamad Al-Khalifa dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed bin Zayed.

Mesyuarat itu diadakan di ibu negara UAE pada hari Rabu.

Para pemimpin membincangkan ‘hubungan persaudaraan dan strategik antara negara mereka,’ lapor agensi berita negara Jordan.

Mereka bersetuju perlunya mencapai perdamaian yang adil dan komprehensif bagi rakyat Palestin berdasarkan penyelesaian dua negara dengan Israel ‘menjamin penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dan ibu kota Baitulmaqdis Timur.’

Baru-baru ini, Bahrain dan UAE menandatangani perjanjian untuk membuka hubungan dengan Israel.

Sementara Jordan bersama dengan Mesir, adalah satu-satunya negara Arab lain yang mempunyai hubungan dengan Israel.

Bahrain menghantar delegasi rasmi kerajaan pertama ke Israel pada hari Rabu ketika kedua-dua negara berusaha untuk memperluas kerjasama.

Dalam pertemuan mereka, Jordan, UAE dan Bahrain juga memfokuskan pada cara membangunkan kerjasama dalam beberapa bidang, termasuk kesihatan, makanan, keselamatan ubat-ubatan, serta usaha menghadapi wabak coronavirus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button