Berita Utama

KL, 5 negeri berisiko banjir kilat dalam tempoh 12 jam

Masjid Jamek, Universiti Malaya antara kawasan tersenarai

KUALA LUMPUR, 16 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis lokasi berisiko banjir di beberapa negeri di seluruh negara dalam tempoh 12 jam akan datang.

Berdasarkan maklumat ramalan hujan Jabatan Meteorologi, Sistem Panduan Banjir Kilat Asia-Oceania Tenggara (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat dan ribut petir yang ketara berlaku.

Ini termasuk di Selangor (daerah Petaling and Klang), Penang (daerah Seberang Prai Utara, Selatan, Tengah dan Timur Laut), Johor (daerah Muar dan Tangkak), Pahang (daerah Kuantan dan Temerloh) serta Sarawak (Samarahan and Kucing).

Turut tersenarai adalah Bulatan Dato Onn – Bank Rakyat, Jalan Chow Sow Lin, Pekan Salak Selatan, Razak Mansion, Jalan Loke Yew, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Universiti Malaya, Kg Pantai Dalam, Jalan Dang Wangi, Jalan Maarof, Jalan Kia Peng, Jalan Leboh Pasar dan kawasan sekitar di Kuala Lumpur.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button