Berita Utama

Kebimbangan rakyat kita terhadap COVID-19 tinggi berbanding di AS

Hasil kajian dapati isu pengangguran jadi fokus utama sepanjang pandemik

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Tahap kebimbangan rakyat Malaysia terhadap pandemik COVID-19 adalah tinggi berbanding negara lain yang menghadapi krisis global itu, menurut sebuah syarikat penyelidikan pasaran, IPSOS.

Biarpun di Eropah dan Amerika teruk dilanda pandemik, tahap kebimbangan rakyatnya adalah rendah berbanding di Malaysia, tahap kebimbangan rakyat terhadap COVID-19 adalah 77 peratus.

Menurut IPSOS, 44 peratus negara di dunia bimbang akan pandemik itu dan Great Britain adalah negara kedua selepas Malaysia dengan 61 peratus, diikuti Sepanyol (60 peratus) dan Korea Selatan (58 peratus).

Menurut IPSOS, kajian itu dilaksanakan setiap bulan di 28 negara seluruh dunia menerusi Sistem Panel Dalam Talian IPSOS menyaksikan sampel bulanan Malaysia adalah n=500.

Dengan peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini, kajian itu turut mendapati 44 peratus rakyat Malaysia merasakan negara tidak berada di landasan tepat pada Oktober, berbanding 33 peratus pada September tahun ini.

Manakala mereka yang merasakan negara berada pada landasan betul merosot kepada 60 peratus berbanding 67 peratus pada tempoh sama.

Bagaimanapun, IPSOS memaklumkan bahawa hasil kajian menunjukkan pengangguran konsisten menjadi perhatian utama sepanjang tempoh pandemik di Malaysia dengan statistik menunjukkan 43 peratus pada April, 51 peratus (Julai) dan 48 peratus (Oktober). -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button