Berita Utama

Aktiviti seludup, pemerdagangan boleh berlaku selepas pintu sempadan dibuka

Pastikan penguatkuasaan efektif tangani kegiatan rasuah

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Mesyuarat Anti-Corruption and Transparency Experts Working Group (ACTWG) Friends of The Chair (FoTC) mencadangkan agar penguatkuasaan serta aspek pencegahan efektif perlu dilaksana bagi menangani trend perlakuan rasuah dalam tempoh peralihan semasa dan pasca pemulihan COVID-19.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki, berkata aktiviti seperti penyeludupan, pemerdagangan serta kemasukan secara haram boleh berlaku setelah pembukaan semula pintu sempadan.

Beliau berkata, fasa pemulihan krisis COVID-19 akan membolehkan aktiviti perniagaan mula berkembang dan situasi itu bakal membuka ruang untuk berlakunya kegiatan rasuah.

“Sehubungan itu, ACTWG harus memastikan penguatkuasaan dan aspek pencegahan yang efektif dilaksanakan bagi menangani trend perlakuan rasuah sedemikian,” katanya semasa mempengerusikan secara maya mesyuarat ACTWG FoTC bersama wakil daripada sembilan ahli ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Ibu Pejabat SPRM pada Selasa (17 Nov).

Beliau berkata, perbincangan kali ini juga merupakan penghargaan kepada Malaysia sebagai tuan rumah APEC pada tahun ini, dengan SPRM sebagai peneraju mesyuarat ACTWG sejak siri pertama diadakan pada Februari lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button