BANGI, 4 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Harga bagi setiap liter RON95 dan RON97 naik 2 sen, manakala diesel pula naik 7 sen bagi tempoh 21 November sehingga 27 November 2020.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.94, RON95 (RM1.64) dan diesel RM1.81.
Kerajaan akan terus memantau perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteaan rakyat terus terpelihara, kata kementerian itu.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.