Berita UtamaDunia

EU bantu petani Palestin, salur dana pemulihan

88 petani, perniagaan agro terjejas terima manfaat

RAMALLAH, 5 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Kesatuan Eropah (UN) menyumbang dana sebanyak AS$900,000 (RM3.6 juta) bagi keperluan petani Palestin yang terjejas akibat penindasan negara haram Israel.

Sumbangan itu merangkumi penyediaan bahan pertanian, barangan serta peralatan untuk membantu petani memulihkan perniagaan mereka.

Malah, dana berkenaan turut membantu pembinaan semula serta penggantian aset pertanian yang rosak.

EU memberitahu, seramai 88 petani Palestin dan perniagaan agro terjejas di Semenanjung Gaza akan mendapat manfaat daripada sumbangan itu.

Pertanian adalah salah satu tonggak utama ekonomi selain komponen penting dalam struktur sosial dan budaya Palestin.

“Ia adalah sumber mata pencarian utama Palestin yang menghadapi banyak cabaran di kawasan yang dijajah, “ kata wakil EU, Sven Kühn von Burgsdorff.

Von Burgsdorff berkata, sumbangan itu akan membantu memerangi kemiskinan dan mewujudkan pekerjaan di tengah kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi.

Katanya, dana itu juga salah satu usaha membangunkan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka pada masa depan dengan ekonomi berdaya maju. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button