Kejam! Zionis serang peserta protes pendudukan haram di Palestin
Serangan turut cederakan aktivis terkemuka Abdullah Abu Rahmeh

RAMALLAH, 5 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Rejim pengganas Israel melakukan serangan ketika protes antipenyelesaian dijalankan di kampung Kafr Malik, Timur Ramallah pada Jumaat.
Sumber tempatan yang mengesahkan perkara itu berkata, protes berkenaan dilakukan bagi mempertahankan tanah penduduk di daerah Ras al-Tin yang akan disita untuk pembinaan penempatan haram Yahudi.
Ketika kejadian, rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah peserta yang dalam perjalanan ke Ras al-Tin.
Serangan itu mencederakan aktivis terkemuka dari kampung Bil’in, Abdullah Abu Rahmeh ditambah pula para peserta lain mengalami kesukaran bernafas akibat gas pemedih mata yang dilepaskan.
Mereka kemudian mendapat rawatan di tempat kejadian.
Israel baru-baru ini memulakan pembinaan haram di Ras al-Tin serta menghalang penduduk dan petani Palestin melalui kawasan itu.
Selain itu, Israel turut bertindak biadab apabila merobohkan sekolah di kawasan itu, yang dibina melalui dana dari Kesatuan Eropah (EU).
Ia adalah salah satu usaha Israel menghalau masyarakat Badwi Palestin dari kawasan berkenaan. – Agensi