Berita Utama

Relakah Malaysia normalisasi hubungan Israel?

Bahrain lengkapkan penjajahan Palestin, Pakistan sudah dirisik

BANGI, 5 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Tindakan Menteri Luar Bahrain, Abdullatif al-Zayani mengunjungi Menteri Luar Israel, Gabi Ashkenazi baru-baru ini menjadikan proses penjajahan terhadap negara berdaulat Palestin lengkap.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin juga percaya gelombang berkenaan pastinya bakal sampai ke tanah air tercinta dalam sedikit masa lagi.

Beliau mempersoalkan, apakah Malaysia bersedia menormalkan hubungannya dengan negara haram Israel?

“Adakah anda bersedia dan reda bersekongkol dengan agenda Zionis serta mengenepikan perjuangan saudara seakidah kita di bumi Palestin?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahrain adalah negara Arab keempat yang mengiktiraf Israel selepas Mesir, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Katanya, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru sahaja mengumumkan bahawa Sudan bakal menjadi negara kelima.

“Manakala Imran Khan, PM (Perdana Menteri) Pakistan mendedahkan baru-baru ini bahawa ada beberapa pemimpin negara yang mendesak Pakistan untuk berbuat demikian,” katanya.

Sebelum ini, delegasi Bahrain yang dipimpin Abdullatif tiba di Tel Aviv sebagai kunjungan rasmi pertama dari kerajaan Teluk, yang menormalkan hubungan dengan Israel pada September lalu.

Abdullatif disambut sekutunya dari Israel, Ashkenazi di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv pada Rabu.

Kunjungan itu dilakukan ketika kedua-dua pihak berusaha memperluas hubungan kerjasama yang dipromosi oleh AS sebagai pakatan anti-Iran dan potensi ekonomi.

PAUTAN BERKAITAN: https://www.aljazeera.com/news/2020/11/18/bahrain-fm-arrives-in-israel-on-first-official-visit

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button