Artikel KhasBerita Utama

Anak muda tak suka politik?

Pertelingkahan orang-orang lama 'tamat tempoh' beri kesan buruk

BENARKAH anak muda tidak berminat dengan politik?

1. Banyak fakta yang menyokong dakwaan ini, contohnya lebih 2 juta anak muda berumur 21 tahun ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di Malaysia

2. Statistik juga menunjukkan kurang 20 peratus belia di IPTA dan IPTS terlibat aktif dalam aktiviti kelab dan persatuan di kampus

3. Di mana silapnya? Kalau kita membayangkan anak muda sebagai sehelai kain putih yang dicorak oleh suasana persekitaran dan orang-orang tua di sekelilingnya, kita mungkin menemui jawapan yang dicari

4. New World Order (NWO) memainkan peranan amat besar. Bukan sahaja meleraikan ikatan agama, bangsa dan negara namun juga berjaya memecahkan perpaduan komuniti setempat, menanam kebencian anak muda terhadap institusi, pihak berkuasa, dan sistem politik itu sendiri.

5. Konsep liberalisme atau kebebasan total dari sebarang hubungan kemanusiaan itu amat bahaya

6. Senario politik nasional tidak kurang kesan negatifnya. Pertelingkahan orang-orang tua yang telah lama tamat tempoh sah (expired) berlarutan dan memberikan kesan amat buruk kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara sangat memualkan anak muda. Jadi mereka ambil pendekatan menjauhi dan membenci

7. Kemudian kurang program kesedaran dan pendidikan tentang konsep politik dan aplikasinya. Kurang kem pembangunan jatidiri dan semangat patriotisme. Sudah tiada national service camp. Manakala, sekolah-sekolah politik pula menjadi pentas pihak partisan tunjuk hero, bukan untuk mendidik anak muda marhaen

Sebagai anak muda apa pandangan dan cadangan anda untuk negara kembali mendapatkan penglibatan anak muda yang tinggi dalam bidang politik?

Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button