Berita UtamaUncategorized

Malaysia tunggu ujian klinikal fasa ketiga pengeluar vaksin COVID-19

Penting untuk pastikan vaksin yang diguna selamat, berkesan

PUTRAJAYA, 6 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Malaysia sedang menunggu data ujian klinikal fasa ketiga daripada semua syarikat pengeluar vaksin COVID-19 sebelum membuat keputusan mengenai perolehan serta penggunaan vaksin itu di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data daripada ujian klinikal ini penting bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) memastikan vaksin yang akan digunakan selamat dan berkesan.

Setakat ini terdapat 12 syarikat pengeluar vaksin COVID-19 yang sedang menjalankan ujian klinikal fasa ketiga, katanya.

“Setakat ini, kita tidak tahu vaksin yang dikeluarkan berkesan atau tidak kerana data ujian klinikal fasa ketiga belum diterbitkan lagi.

“Apabila dapat data, baru boleh dipertimbangkan penggunaannya dan setakat ini kami hanya dengar keberkesanannya melalui laporan media sahaja,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button