Berita Utama

Pasir Gudang kini diisytihar Majlis Bandaraya

YDP MPPG tukar gelaran kepada Datuk Bandar MBPG

BANGI, 6 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) kini diisytihar sebagai Majlis Bandaraya.

Pengisytiharan itu diperkenankan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkuat kuasa hari ini, 22 Oktober 2020.

Watikah pemasyhuran pengisytiharan MBPG diserahkan oleh Sultan Ibrahim kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

“Selaras dengan pengisytiharan MBPG, jawatan YDP MPPG akan bertukar kepada gelaran Datuk Bandar MBPG,” menurut kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pasir Gudang yang diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran pada 1 Julai 2008, kini di bawah pentadbiran Yang Dipertua MPPG, Zainor Adani.

Pasir Gudang dahulunya dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan, yang kini mempunyai kepadatan penduduk lebi 500,000 orang dan menjadi antara kawasan perindustrian terbesar di Malaysia serta penyumbang utama kepesatan pembangunan di Johor.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, Yang DiPertua Jumaah Majlis Diraja Negeri Johor, Datuk Dr Abdul Rahim dan Mufti Johor, Datuk Yahy Ahmad sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-62 hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button