Berita UtamaIstimewaPendapat

Tahniah Pahang, negeri lain bila nak kuat kuasakan Jawi?

Pelik kenapa ultra kiasu menentang hingga cabar di mahkamah

NEGERI lain, selain Kelantan dan Terengganu, bila nak ikut kuat kuasakan Jawi, berani tak? Saya nak tengok Kuala Lumpur dan Selangor selepas ini.

Tahniah kepada kerajaan negeri Pahang kerana segera kuat kuasakan penggunaan tulisan Jawi di papan tanda premis perniagaan dan papan iklan serta tanda jalan mulai 1 Januari lepas. Terpakai kepada semua, termasuk premis milik badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan Cina, kecuali untuk rumah ibadat bukan Islam.

Ini baru ‘win’. Berani dan tegas. Ini soal identiti jati diri negara ini, seperti yang dilakukan oleh semua negara. di New Zealand bahasa Maori tetap didaulatkan, walaupun negara itu diperintah oleh bangsa lain yang mendatang.

Kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abd Rahim Muda, “Kita mahu menjelaskan bahawa tulisan Jawi bukan melambangkan Islam, tetapi adalah budaya Melayu dan budaya Arab. Malah perjanjian di antara kerajaan dahulu dengan pihak British juga dibuat menggunakan tulisan Jawi.

Kalaupun disebut Jawi berkait dengan Islam, pun tidak salah Datuk, kerana Jawi memang berkait dengan Islam dan agama Islam termaktub dalam Perlembagaan, sebagai agama persekutuan. Menjadi tanggungjawab semua warganya untuk belajar dan tahu tentang Islam.

British pun hormat dan belajar Jawi, peliknya kenapa ultra kiasu tegar menentang.

Hairan saya, penjajah pun mengiktiraf tulisan Jawi, kenapa ultra kiasu yang sejarahnya mendatang, tidak mahu terima, malah begitu kuat menentang, mencabar hingga ke mahkamah.

Sudahlah tidak terima Jawi, begitu berani meneroka tanah haram, menanam durian musang king menjadi kaya raya

Jawi ditolak, tanah Melayu diterokanya. Hebat ultra kiasu. Kita putih mata. Justeru, pihak yang khianat, yang berada di pejabat Tanah, menggadaikan tanah dan maruah bangsa mesti diambil tindakan.

Banyak kali telah saya tegas, kerajaan mesti tegas dalam melaksanakan agenda negara, tanpa tolak ansur.

Tengok ultra kiasu, perkara yang termaktub dalam undang-undang, semua dia langgar. Begitu berani turun ke jalan raya, menampalkan nama Cina ke atas papan tanda jalan.

Kita pula ada, undang-undang, tidak berani untuk kuat kuasakan. Kedudukan Islam (termasuk Jawi) dan bahasa Melayu ibarat melukut di tepi gantang.

Selepas Pahang, kita nak tengok selepas ini, Melaka, yang suatu ketika dahulu mahu melaksanakan Jawi, terpaksa ditangguhkan hingga ke hari ini, kerana ditentang hebat ultra kiasu. Jika Melaka tidak berani, mungkin Kuala Lumpur dan Selangor, berani mungkin.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd. Artikel ini disiarkan terlebih dahulu di Facebook penulis

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button