Berita UtamaDunia

Gaji minimum Turki dinaikkan walau kadar inflasi tinggi

Meningkat dari 2,826 lira kepada 4,250 lira

ANKARA, 13 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Gaji minimum Turki telah dinaikkan sebanyak 50 peratus secara besar-besaran untuk tahun 2022, lapor Agensi Berita Anadolu.

Menurut agensi berita, Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam mengumumkan bahawa menjelang 2022 gaji minimum akan meningkat daripada 2,826 lira (RM 726.10) kepada 4,250 (RM1091.98).

Susulan keputusan itu, lira Turki mencecah rekod rendah menjunam sebanyak 5.2 peratus kepada 15.595 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Mata wang kami diketahui, dan ia adalah lira, dan kami tidak akan membiarkannya ditelan,” kata Erdogan sambil menegaskan beliau akan melawan hegemoni dolar AS.

Kestabilan, katanya, akan dipastikan dengan langkah baharu dalam beberapa hari akan datang, namun beliau tidak menjelaskan lanjut perkara ini.

Di Turki, inflasi tahunan meningkat kepada 21.31 peratus pada November, sekali gus melonjakkan harga makanan dan gas. 

Ini juga adalah kadar tertinggi sejak November 2018. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button