Berita Utama

SPRM cari 3 individu kes cap palsu keluar, masuk negara

Suspek wanita beralamat terakhir di Batu Pahat

KUALA LUMPUR, 7 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Lelaki pertama, Clement Chen Wei Chien, 35, mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dan No. 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, Cheras.

“Sementara itu, lelaki kedua, Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1,Kuala Lumpur dan No 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.

“Dalam pada itu, SPRM turut mengesan seorang wanita, Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, 83000 Batu Pahat, Johor,” katanya.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.

Terdahulu, SPRM mendedahkan, lebih 30,000 warga asing bolos dan RM14.5 juta wang sogokan diagihkan dalam kalangan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sepanjang tempoh empat tahun.

Angka itu diperoleh hasil penahanan 27 anggota dan pegawai JIM yang mendedahkan aktiviti rasuah menerusi proses penyediaan kaunter khas sejak 2017.

Wang tunai RM800,000, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi turut dirampas yang mana jumlah berkenaan tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya yang turut dirampas.

Dilaporkan, secara purata, setiap tahun sejak empat tahun lalu, RM3.6 juta diagih sesama anggota dan pegawai JIM yang terbabit dengan sindiket ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button