Berita Utama

Kegagalan polisi kerajaan, MKN faktor kes COVID-19 meningkat

Masih ada lagi acara hiburan undang bala Allah SWT diadakan

BANGI, 7 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Selain penurunan kadar kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP), kegagalan beberapa polisi kerajaan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga menjadi faktor kes COVID-19 dalam fasa gelombang ketiga meningkat.

Ini termasuklah kebenaran terhadap penganjuran sebuah majlis anugerah hiburan popular yang berlangsung secara fizikal di sebuah stesen televisyen swasta, baru-baru ini.

Belum reda kritikan ramai pihak terhadap penganjuran itu, kini MKN berdepan satu lagi kes defisit kepercayaan susulan rancangan Separuh Akhir Muzik-Muzik sejak Jumaat lalu.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Muhammad Lukman Abdul Hakim Muhammad kesal kerana satu lagi acara hiburan yang mengundang bala Allah SWT diadakan.

“Kali ini lebih parah kerana ada artis yang telah disahkan positif COVID-19 dan pasti akan memberi kesan artis-artis lain yang terlibat sama dalam majlis tersebut.

“Moga Allah SWT memberi hidayah kepada ahli politik dan artis di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setakat ini, tiga negeri terus merekodkan kes tertinggi iaitu Sabah dengan 3,003 kes, diikuti Selangor (2,113 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 875 kes.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button