Berita UtamaDunia

Lari dari perang, 98 termasuk bekas tentera diseksa

Ada bekas tentera mohon ampun dilaksana hukuman mati

BEIRUT, 7 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Kerajaan Syria menyeksa 98 orang dalam dua tahun belakangan ini yang melanggar perjanjian Daraa 2018, menurut sumber tempatan.

Anadolu Agency yang memetik sumber sebagai berkata, rejim Presiden, Bashar al-Assad menyeksa penduduk yang tinggal di Daraa serta memohon pengampunan berdasarkan perjanjian.

Mereka yang diseksa termasuk sekitar 40 bekas tentera yang meninggalkan tentera Syria ketika perang saudara bermula.

Menurut laman web berita TV Syria, seorang bekas pegawai polis, Muaz Ata El-Samidi yang memohon pengampunan kepada rejim itu dihukum mati pada hari Sabtu.

Keluarganya diminta untuk mengambil mayatnya selepas itu.

Samidi meninggalkan pasukan rejim pada tahun 2012.

Pada tahun 2018, Russia bersama-sama Syria menandatangani perjanjian yang membenarkan ribuan pemberontak dan orang awam ke jalan selamat di wilayah-wilayah lain yang dikuasai pemberontak sementara mereka melancarkan serangan di Daraa – tempat kelahiran revolusi Syria.

Syria telah dilanda perang saudara sejak awal 2011 apabila rejim Assad memerangi penunjuk perasaan prodemokrasi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button