Berita UtamaDunia

Palestin bayar gaji pekerja selepas terima cukai pendapatan dari Israel

Bantu orang miskin, pengganggur, kontraktor dan peniaga kecil

RAMALLAH, 7 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Palestin memberi jaminan akan menyelesaikan masalah kewangan negara itu selepas menerima cukai pendapatan yang disekat oleh negara haram Israel.

Perdana Menteri Palestin, Muhammad Shtayyeh berkata, semua tunggakan turut akan dibayar menerusi dana yang diterima kerajaan.

“Hak pekerja adalah keutamaan pemerintah dan kami akan membayar semua tunggakan dalam kadar segera setelah menerima wang sepenuhnya dari Israel.

“Jika jumlah wang tidak mencukupi seperti yang sepatutnya diterima, kami tetap akan menghabiskan jumlah (wang) yang kami terima,” katanya ketika berucap ketika mesyuarat Kabinet mingguan di Ramallah.

Mei lalu, PA telah berhenti menerima cukai pendapatan, yang telah dikumpul oleh Israel atas nama mereka.

Perkara itu berlaku setelah Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan untuk menghentikan semua perjanjian bersama Israel, sebagai tindak balas terhadap rancangan rejim Zionis meluaskan jajahan di Tebing Barat yang diduduki.

Keadaan itu memaksa PA meminjam wang daripada bank tempatan bagi membayar gaji pekerjanya.

Bagaimanapun, PA baru-baru ini bertindak menyambung semula hubungan dengan Israel setelah negara haram itu menangguhkan rancangan jahat merampas kawasan yang didudukinya,

“Kami akan menerima sebahagian wang pada akhir minggu ini dan perkara pertama yang akan dilakukan adalah dengan membayar gaji pekerja.

“Sektor kesihatan turut mendapat manfaat di hospital awam dan swasta, pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan.

“Seterusnya, wang itu juga digunakan untuk membantu orang miskin dan pengganggur, kontraktor, peniaga kecil serta membayar pinjaman diguna kerajaan kepada bank,” katanya.

Selain itu, pemimpin itu berkata, krisis kewangan yang mereka alami telah memberi kesan terutamanya kepada pekerja dan perkhidmatan keselamatan, pesara, puluhan ribu penerima bantuan sosial dan syarikat sektor swasta. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button