Berita UtamaDunia

PM negara haram Israel gesa pemimpin dunia halang resolusi Palestin

PA mahu ICJ hentikan rancangan Zionis Ilhak wilayah Palestin

TEL AVIV, 5 Jamadilawal 1444H, Rabu – Perdana Menteri Israel, Yair Lapid menggesa pemimpin dunia menghalang usul Palestin dikemukakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Usul negara Islam itu bagi mendapatkan nasihat daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pendudukan rejim Zionis Israel, lapor Reuters.

Dalam suratnya, Lapid menggesa lebih 50 Ketua Negara, termasuk United Kingdom (UK) dan Perancis – menekan Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang menjalankan pemerintahan terhad di Tebing Barat yang diduduki – daripada mengemukakan resolusi itu di Perhimpunan Agung PBB.

Bagaimanapun, Jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, usaha Lapid itu pasti gagal.

Resolusi yang diluluskan jawatankuasa PBB pada awal November, meminta ICJ segera mempertimbangkan pendudukan, penempatan dan pengilhakan wilayah Palestin.

Tindakan ganas berterusan rejim haram Israel didakwa melanggar hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib di negara sendiri.

Israel menawan Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur – kawasan yang dituntut rakyat Palestin – dalam perang Timur Tengah 1967.

Jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeineh berkata: “Kami yakin pemimpin dunia sentiasa berpegang pada keadilan, mereka tidak akan berundur dengan pendirian mereka.”

Rundingan yang ditaja AS terhenti pada 2014 dan anggota kanan kerajaan pakatan Israel berterusan menjajah Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button