Berita Utama

Anggota PGA maut ditembak: KPN

Satu sidang media akan diadakan polis Perlis

KUALA LUMPUR,  8 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut kejadian itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, saya sahkan kejadian (anggota PGA maut ditembak) dan saya sedang dalam perjalanan ke sana (Perlis) untuk meninjau keadaan anggota PGA terlibat,” katanya ringkas kepada Bernama.

Dalam pada itu, media difahamkan satu sidang media akan diadakan polis Perlis berhubung kejadian berkenaan – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button