Berita Utama

Bahrain tandatangani statut Persekutuan Arab

Cerminkan kepercayaan kerajaan perkukuh kerjasama Arab

KAHERAH, 8 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Duta Bahrain ke Republik Arab Mesir dan Perwakilan Tetap Kerajaan untuk Liga Arab, Hisham Muhammad Al-Jowder bagi pihak kerajaan Bahrain menandatangani Statut Rizab Alam Persekutuan Arab, lapor agensi berita Bahrain (BNA).

Duta menegaskan Bahrain, di bawah pimpinan Raja Hamad Isa Al Khalifa, tetap menyokong semua urusan yang memberi kebaikan kepada dunia Arab.

Menurutnya, pemeteraian perjanjian ini mencerminkan kepercayaan kerajaan terhadap kepentingan memperkukuh kerjasama Arab dalam pelbagai bidang, khususnya mengenai isu-isu berkaitan hal ehwal alam sekitar dan rizab alam.

Liga Arab memuji tindakan Bahrain itu, menganggapnya sebagai langkah positif untuk ia dikuatkuasakan.

Pengarah Jabatan Perjanjian dan Undang-Undang Antarabangsa Liga Arab, Duta Ehab Makram berkata Bahrain negara keenam yang menandatangani Statut berkenaan selepas Arab Saudi, Maghribi, Yaman, Sudan dan Palestin. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button