Berita Utama

‘Benarlah, orang Melayu adalah musuh bangsa sendiri’

Sanggup jadi tali barut, salah guna kuasa kerana mahu hidup mewah

BANGI, 8 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Harapkan pegar, pegar makan padi!

Demikian perumpamaan yang digambarkan pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah terhadap siri kes penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan kakitangan dalam agensi penguatkuasaan kerajaan, kebelakangan ini.

Beliau kesal apabila kebanyakan pegawai dan kakitangan yang ditangkap di agensi kerajaan adalah daripada kalangan orang Melayu sendiri.

Prof Mohd Ridhuan Tee berkata, hanya kerana mahu hidup mewah orang Melayu sanggup menjadi tali barut dan menyalah guna kuasa tanpa memikirkan kesan yang boleh menggugat kedaulatan negara.

Justeru, beliau mempercayai dakwaan bahawa orang Melayu adalah musuh kepada bangsa mereka sendiri itu adalah benar.

“Bertaubatlah… sama ada yang telah pencen atau belum, kesalahan yang kamu lakukan untuk mendapatkan habuan dunia amat besar dosanya.

“Kamu mungkin terlepas di dunia, tetapi di akhirat kamu tidak akan terlepas walaupun selepas pencen, kerja kamu mendekati dan bersedekah kepada masjid, surau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk beberapa kes penyelewengan yang berlaku dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen (JIM) dan Pejabat Tanah, sepanjang tahun ini.

BACA ULASAN PENUH PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH BERKAITAN PENYELEWENGAN DALAM AGENSI KERAJAAN DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button