Berita Utama

PRN Selangor: PBM mahu kerjasama dengan PH

Harap hubungan kerja baik dengan rakan komponen diperluas

BANGI, 21 Jamadilakhir 1444H, Sabtu – Parti Bangsa Malaysia (PBM) berhasrat untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor akan datang.

Presidennya, Datuk Larry Sng berkata, beliau telah menulis surat kepada pemimpin PH dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menunjukkan minat tersebut.

“PBM kini mempunyai dua kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) Sementa dan Lembah Jaya.

“Saya berharap hubungan kerja baik PBM dengan rakan parti komponen di peringkat Persekutuan dapat diperluaskan ke peringkat negeri.

“Ini bagi memastikan kestabilan negara bergerak ke hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

PBM yang memenangi satu kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melalui Larry di Parlimen Julau merupakan antara parti menyokong pembentukan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button