Berita UtamaDunia

Tahanan Palestin di penjara Israel positif COVID-19

Suasana penjara sesak, tak punyai standard asas kemanusiaan

RAMALLAH, 8 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Seorang warga Palestin yang ditahan di penjara Etzion di negara haram Israel, disahkan positif wabak COVID-19, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin.

Peguam suruhanjaya, Jakleen Fararjeh berkata, Yousif Mousa dari bandar Berzeit telah dipindahkan ke penjara Ramala di Israel setelah didapati dijangkiti wabak itu.

Pada masa sama, penjara Israel mengumumkan pembatalan semua lawatan peguam dan menghentikan pengambilan tahanan baharu selama 16 hari.

Terdapat 21 warga Palestin yang ditahan di pusat tahanan Etzion, di mana keadaan penjara adalah sejuk dan sesak serta tidak mempunyai standard asas kemanusiaan.

Artikel 76 Konvensyen Geneva Keempat menyatakan bahawa tahanan penjara perlu disediakan makanan dan tahap kebersihan mencukupi bagi menjamin kesihatan.

Artikel 85 juga menekankan bahawa semua tahanan harus diberi perlindungan termasuk dari kesejukan dan kepanasan serta pencahayaan dan pengudaraan mencukupi di tempat tidur mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button