Berita UtamaPendapat

Belanjawan 2021 bakal dikelirukan politikus korup

PM mungkin letak jawatan, bubar Parlimen jika belanjawan tak lulus

KURANG 24 jam daripada sekarang adalah hari dimana semua Ahli Parlimen akan melakukan pengundian bagi Belanjawan 2021 di Parlimen.

Keputusan sama ada ianya akan diluluskan ataupun sebaliknya akan kita ketahui kelak.

Belanjawan 2021 kali ini adalah sesuatu yang luar biasa pada saat kita sedang menghadapi cabaran pandemik COVID-19 yang kritikal.

Tanpa mempedulikan rakyat yang bimbang terancam akan kesihatan mereka, politikus akan tetap bermain dengan silat politik meskipun pihak Istana Negara telah mengeluarkan watikah yang mengingatkan bahawa keutamaan harus ditumpukan kepada aktiviti menangani COVID-19.

Pada masa sama, kedengaran suara-suara daripada pihak tertentu yang memperlihatkan tindakan bermotifkan politik dilakukan.

Tidak dinafikan terdapat juga cadangan yang diberikan memberi kebaikan kepada rakyat misalnya berkenaan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM10,000 secara one-off.

Bagaimanapun, tuntutan ini bukanlah suatu alasan wajar untuk menolak Belanjawan 2021 kali ini.

Terdapat banyak lagi peruntukan bermanfaat untuk rakyat dalam belanjawan kali ini seperti MySTEP, Penjana dan sebagainya.

Esok (26 November 2020), Ahli Parlimen akan mengundi belanjawan yang kedengarannya seperti tidak akan dilulus?

Masih terdapat politikus yang bersikap ugut-mengugut dalam meluluskan belanjawan tanpa mempedulikan soal wabak COVID-19.

Belanjawan kali ini amat penting demi membantu negara keluar daripada pelbagai masalah.

Sekiranya ia gagal diluluskan, maka sukar untuk meramalkan masa depan kelak dan watikah Istana Negara telah pun mengingatkan perkara ini.

Golongan Politik perlu bertanggungjawab dan jangan lagi cuba main tarik tali dalam isu ini,

Ahli Parlimen harus mengetepikan niat untuk jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain dan berebut kuasa.

Jika belanjawan kali ini tidak lulus, banyak mudarat menanti malah, risiko besarnya adalah sama ada Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan, membubarkan Parlimen atau tidak mustahil darurat diisytiharkan.

Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button