Berita Utama

UMS sedia saringan COVID-19 pandu lalu

Saringan cepat tanpa perlu turun daripada kereta

KOTA KINABALU, 9bRabiulakhir 1442H, Rabu — Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 secara pandu lalu kepada orang ramai.

Pengarah Pusat Rawatan Warga (PRW) UMS, Dr. Muhammad Syafiq Abdullah berkata, perkhidmatan itu dibuka setiap hari di Pusat Rawatan Warga (PRW) yang terletak berhampiran dengan Pusat Sukan UMS.

“Orang ramai boleh datang membuat saringan antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari atau jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

“Saringan akan dibuat di lobi PRW dengan cepat, cermat dan selamat tanpa perlu turun dari kereta,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Syafiq, bayaran sebanyak RM95 dikenakan bagi saringan menggunakan kaedah “rapid test”, manakala RM333 untuk kaedah ‘COVID-19 rt-PCR’. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button