Berita UtamaDunia

610,000 jangkitan baharu peringkat global dalam 24 jam

Amerika Syarikat antara negara paling terjejas, catat 12.7 juta kes

PARIS, 10 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Kes positif wabak COVID-19 global kini mencecah 60 juta apabila lebih 610,000 jangkitan baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, kes positif di seluruh dunia berjumlah 60,174,732, manakala jumlah kematian kumulatif di seluruh dunia adalah sebanyak 1,417,153 juta kes.

Menurut data diperoleh AFP, Amerika Syarikat (AS) masih lagi antara negara paling teruk terjejas akibat wabak itu dengan 12.7 juta kes, diikuti India dengan 9.22 juta kes, manakala Brazil mencatatkan 6.11 juta kes.

Pada masa sama, negara yang melepasi angka dua juta kes adalah Perancis (2,221,608) dan Russia (2,144,229).

Selain itu, negara yang mencatat lebih sejuta kes adalah Sepanyol (1,605,066),

United Kingdom (1,560,846), Itali (1,560,846), Argentina (1,381,795), Colombia dan Mexico masing-masing dengan 1,262,494) dan 1,060,152 kes.

Sementara itu, Jerman (983,312), Peru (952,439), Poland (924,422), Iran (894,385), Afrika Selatan (772,252), Ukraine (680,132), Belgium (561,803), Chile (544,092), Iraq (542,187), Indonesia (511,836) dan Belanda (506,439) termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Malah, negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan wabak itu ialah Turki (467,730), Bangladesh (454,146), Romania (440,344).

Sementara itu, Filipina (422,915), Pakistan (382,892), Arab Saudi (356,067), Kanada (347,641), Maghribi (336,506), Israel (331,678) dan Switzerland (309,469).

Sebanyak 31 negara merekodkan angka kes positif COVID-19 dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.

AS turut kekal muncul mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 261,480 kes, diikuti Brazil dengan 170,115 kes, India 134,699 kes, Mexico 102,739 kes, United Kingdom 55,935 kes, Itali 52,028 kes dan Perancis 50,700 kes.

Negara yang melepasi angka 40,000 kes kematian ialah Iran (46,207), Sepanyol (44,037) manakala Argentina (37,432), Russia (37,173), Peru (35,685) dan Colombia (35,677) pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button