Berita UtamaDunia

Bahrain adakan pertemuan perdagangan dengan negara haram Israel

Negara Timur Tengah setuju buka kedutaan, wujud sistem visa di Israel

MANAMA, 10 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Hubungan normalisasi antara Bahrain dan negara haram Israel semakin rapat apabila pemimpin perdagangan kedua-kedua pihak mengadakan pertemuan pada Rabu, lapor Reuters.

Pertemuan itu berlangsung antara Menteri Industri Bahrain, Zayed Rashid Al-Zayani dengan Pengerusi Institut Kerjasama Antarabangsa Adiv Baruch, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Terbesar Israel Hapoalim, DOV Kotler serta anggota delegasi Israel yang lain.

Bahrain dan Israel pada September menandatangani perjanjian bagi hubungan normalisasi.

Bahrain adalah negara Arab keempat yang mengiktiraf Israel selepas Mesir, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Negara-negara Timur Tengah semenjak itu bersetuju untuk membuka kedutaan, mewujudkan sistem visa dalam talian dan melancarkan penerbangan mingguan bersama Israel.

Kumpulan penentang utama Bahrain, Persatuan Islam Nasional al-Wefaq telah mengecam perjanjian itu sebagai ‘pengkhianatan utama terhadap Islam dan Arab

Mereka menegaskan bahawa perjanjian Israel-Bahrain tidak sah sama sekali.

Warga Palestin yang memperjuangkan kemerdekaan negara di Tebing Barat dan Gaza yang diduduki, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya, juga mengecam perjanjian itu sebagai pengkhianatan perjuangan mereka terhadap penjajahan Israel. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button