Berita Utama

Boleh mohon i-Sinar pertengahan Disember

KWSP akan umum perincian i-Sinar awal minggu hadapan

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

“KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.

“Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan program i-Sinar diperluaskan dan jumlah pengeluaran maksimum meningkat antara RM10,000 bagi mereka yang mempunyai RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1.

Sebelum ini diumumkan, ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM60,000 sekiranya mempunyai baki simpanan lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button