Berita Utama

Pengawasan ketat tapi adil mampu tingkatkan perkhidmatan polis

KPN tegaskan ambil tindakan jika burukkan imej pasukan

KUALA LUMPUR, 12 Rabiulakhir 1445H, Jumaat – Pengawasan ketat terhadap kakitangan bawahan melalui pemantauan rapi amat penting untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan oleh polis, kata Tan Sri Razarudin Husain.

Ketua Polis Negara berkata, masyarakat menuntut taraf perkhidmatan yang tinggi daripada polis, jadi mereka mesti melakukan yang terbaik untuk meminimumkan peluang kesalahan dalam kalangan kakitangan mereka.

“Ini seterusnya akan menentang (sebarang) persepsi negatif.

“Semua ketua jabatan, komander dan penyelia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelia dan memantau anggota dan pegawai bawahan secara adil.

“Pemimpin mesti sedar sepenuhnya tindakan kakitangan mereka, memberi kritikan dan nasihat serta mengambil tindakan jika memburukkan imej pasukan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Bukit Aman pada Jumaat.

Penyelia dan komander perlu lebih agresif dalam menguatkuasakan Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, katanya.

“Untuk keberkesanan berterusan, arahan mesti dikeluarkan pada setiap perhimpunan atau mesyuarat di semua peringkat sehingga ia (sepenuhnya) diterima pakai dan menjadi sebahagian daripada budaya polis,” katanya seperti dilapor The Star.

Mengenai perkara lain, Razarudin berkata, polis bersama kerajaan dan seluruh dunia menyuarakan sokongan untuk menghentikan serangan Zionis terhadap Palestin.

“Saya akan melancarkan Tabung Kecemasan Solidariti Palestin Masjid Bukit Aman bersama MyFundAction pada penutupan sambutan ulang tahun ke-25 malam ini.

“Saya harap ini akan membantu meringankan beban rakyat Palestin,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button