Berita Utama

Skim i-Sinar dibuka kepada semua ahli KWSP terjejas

Ahli hilang pekerjaan, terkurang pendapatan layak mohon

BANGI, 10 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Kerajaan bersetuju memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Pengeluaran berkenaan akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000.

“Sukacita diumumkan program i-Sinar dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

“Tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan, terkurang pendapatan, ahli tersebut layak untuk membuat pengeluaran dari akaun satu, tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak.

“Selagi mereka terjejas pendapatan dengan ketara, mereka boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun satu KWSP,” katanya dalam sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button