Berita Utama

‘Tak dapat pasti lokasi Jho Low’

Wisma Putra sedia bantu bawa balik ahli perniagaan yang diburu

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Wisma Putra sedia membantu untuk membawa pulang ahli pernigaan yang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low sekiranya lokasinya telah dikesan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata, tiada sebab untuk pihaknya tidak membantu jika lokasi sebenar ahli perniagaan itu dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, sehingga kini lokasi Jho Low tidak dapat dipastikan.

“Satu, kita tak tahu sama ada dia berada di China, kedua sekiranya pihak PDRM maklumkan kepada Wisma Putra kedudukan sebenar beliau.

“…tidak ada sebab mengapa Wisma Putra tidak boleh membantu untuk membawanya balik untuk dihadapkan kepada penghakiman,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Hishamuddin berkata demikian ketika menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) sama ada Wisma Putra boleh membantu mengesan dan membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan itu bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada minggu lalu menegaskan bahawa Jho Low tidak perlu takut kembali ke tanah air sekiranya beranggapan dirinya tidak bersalah dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Katanya, beliau boleh mengaturkan pertemuan Jho Low dengan Jabatan Peguam Negara, selain memberi jaminan keselamatan ke atas ahli perniagaan dalam buruan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button