Berita UtamaDunia

Taufan Nivar: Ratusan ribu penduduk India cari tempat berlindung

Taufan membadai pada kelajuan angin hingga 130 kilometer sejam

PUDUCHERRY, 10 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Taufan Nivar yang melanda pantai selatan India pagi tadi mengorbankan satu nyawa, manakala ratusan ribu mangsa lain berusaha menceri tempat perlindungan.

Bencana yang menyebabkan hujan dan ribut kuat itu mula membadai antara Karaikal di wilayah Puducherry dan Mamallapuram di negeri Tamil Nadu pada jam 3.05 pagi waktu tempatan dengan kelajuan angin sehingga 130 kilometer (81 batu) sejam.

Sementara itu, ribuan anggota penyelamat dan kecemasan dikerahkan di wilayah selatan negeri itu termasuk wilayah Andhra Pradesh dan Puducherry.

Pada masa sama, pihak berkuasa bertindak menghentian bekalan elektrik di beberapa bandar untuk mengelakkan kerosakan pada saluran bekalan elektrik.

Media tempatan melaporkan bahawa seorang wanita di Tamil Nadu maut selepas tembok sempadan runtuh disebabkan hujan lebat malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Indian, taufan itu menyebabkan pokok dan tiang elektrik tumbang ketika hujan lebat terus membanjiri sebahagian wilayah sehingga mengakibatkan banjir kilat dengan daerah Cuddalore, yang merekodkan hampir 244 milimiter (9.6 inci) taburan hujan sejak pagi semalam.

Serentak itu, kerajaan Tamil Nadu mengeluarkan amaran cuaca buruk susulan rebut petir yang dijangka berterusan untuk tempoh beberapa jam.

Menterinya, R B Udhayakumar berkata, kira-kira 175,000 orang dipindahkan ke pusat perlindungan di seluruh negeri berkenaan.

Selain itu, pihak berkuasa mengisytiharkan cuti am semalam dan hari ini dengan semua kemudahan ditutup kecuali membabitkan perkhidmatan kecemasan.

Lapangan Terbang Chennai dan perkhidmatan keretapi pula dihentikan operasi hingga pagi ini.

Puducherry yang mempunyai 1.6 juta penduduk, jalan dan pasar yang dibasahi hujan, kelihatan lengang dengan Gabenor Leftenan Kira Bedi meminta penduduk tempatan supaya kekal tinggal di rumah selain mematuhi arahan pihak berkuasa. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button