Pendapat

Ujian pengesahan virus SARS-CoV-2

IMR juga pantau kualiti keputusan ujian makmal molekular

UJIAN pengesahan bagi virus SARS-CoV-2 dilakukan melalui tindak balas berantai polimerase atau lebih dikenali sebagai RT-PCR. Ujian ini adalah sangat sensitif dan spesifik kerana ianya berupaya mengesan kehadiran genom virus SARS-CoV-2 dari sampel pesakit.

Ujian RT-PCR menggunakan oligomer khusus yang merupakan jujukan nekleotid (nucleotide sequences) yang terdiri dari ‘primers’ dan ‘probe’ yang menyasar patogen yang spesifik. Pengesahan diagnosa berdasarkan kehadiran sekurang-kurangnya dua dari target-target gen berikut iaitu E, RdRp, ORF1ab, N, S dan M.

Dalam ujian RT-PCR, keputusan positif dikesan berdasarkan peningkatan signal ‘flourescent’. Nilai kitaran ambang (cycle threshold) dari ujian ini merupakan bilangan kitaran yang diperlukan bagi peningkatan signal ‘flourescent’ melepasi kitaran ambang.

Paras syiling kitaran ambang bagi kit-kit ujian yang lazim digunakan adalah di antara 38-40 di mana sampel pesakit dengan nilai kitaran ambang yang lebih rendah dari nilai tersebut, ditafsir sebagai positif. Nilai kitaran ambang juga digunakan sebagai anggaran bilangan virus di dalam sampel pesakit.

Semakin rendah nilai kitaran ambang, semakin tinggi bilangan virus di dalam sampel pesakit. Nilai kitaran ambang yang melebihi 40 berkemungkinan mengesan kehadiran serpihan atau fragmen virus yang tidak lagi berdaya hidup (not viable) atau pun merupakan artifak.

Kementerian Kesihatan sentiasa memantau kualiti kit ujian diagnostik COVID-19 yang digunakan dengan panel QC (Quality Control) serta Kawalan Positif (Positive Control), Kawalan Negative (Negative Control) dan Kawalan Dalaman (Internal Control) semasa setiap “run” ujian PCR.

Untuk memenuhi piawaian Antarabangsa, makmal IMR serta 19 makmal hospital KKM juga menyertai Quality Assurance WHO melalui Royal College Pathology Australia Quality Assuarance Program (RCPAQAP).

Di samping itu pihak IMR juga memantau kualiti keputusan ujian makmal molekular yang dijalankan di seluruh negara dengan menyediakan panel ujian secara berkala ke 24 makmal yang menjalankan ujian RT-PCR.

Ketua Pengarah Kesihatan
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Artikel ini disiarkan terlebih dahulu di Facebook Dr Noor Hisham

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button