Berita Utama

Amaran cuaca waspada di Pahang, Sabah ditamatkan

Orang ramai boleh dapatkan maklumat di laman web MET Malaysia

BANGI, 11 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Amaran cuaca waspada (kuning) di negeri Pahang dan Sabah yang dikeluarkan pada 26 November 2020 ditamatkan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan cuaca di dua negeri berkenaan dijangka bertambah baik.

Justeru, MET Malaysia menamatkan amaran cuaca waspada di daerah Jerantut, Pekan dan Rompin, Pahang serta Sandakan, Telupid, Beluran dan Kudat, Sabah hari ini.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button