Dunia

Dana kewangan UNRWA makin ‘tenat’

Terima sumbangan paling rendah sejak 2012, tapi keperluan pelarian bertambah akibat wabak

RAMALLAH, 11 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Agensi Kerja dan Bantuan Pelarian Palestin (UNRWA) mengakui kini berada dalam keadaan ‘tenat’ berikutan kekurangan dana kewangan. 

Bercakap pada sidang akhbar semalam, Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, agensi itu berdepan krisis kewangan yang serius. 

“UNRWA tahun ini menerima sumbangan paling rendah sejak tahun 2012, sedangkan keperluan pelarian semakin bertambah akibat kesan wabak. 

“Dengan aliran tunai UNRWA berada pada tahap terendah sejak 2012, dan keperluan pelarian sangat tinggi kerana kesan COVID-19, sekali gus berisiko untuk mangsa (keganasan berdasarkan gender) menjadi akut jika sokongan kepada mereka terancam,” katanya. 

Lazzarini berkata, kekurangan dana itu juga tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan UNRWA pada bulan November yang menjadi petugas barisan hadapan ketika wabak ini. 

Beliau turut memberi jaminan bahawa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu akan terus memberikan perkhidmatan kepada pelarian Palestin sehingga ada penyelesaian politik. 

“Saya mendesak masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan sokongannya kepada UNRWA dengan segera,” katanya. 

UNRWA memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 5.3 juta pelarian Palestin, namun berdepan krisis dana sejak Amerika Syarikat membekukan semua sokongannya kepada agensi itu pada Januari lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button