Berita Utama
Harga RON95, RON97 naik tiga sen
Diesel turut naik empat sen seliter bermula tengah malam ini
KUALA LUMPUR, 11 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.67, RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.85).
Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya. -Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.