Berita Utama

Kes cap palsu: 9 anggota JIM mungkin bebas esok

Individu dipercayai ejen diserahkan kepada PDRM di bawah SOSMA

11 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Kesemua sembilan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor yang ditahan pada 16 November lalu berkaitan siasatan pemalsuan cap sempadan dijangka dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), esok.

Bagaimanapun, sumber kepada Harian Metro berkata, empat individu yang dipercayai bertindak sebagai ejen dikatakan akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kesemua 13 individu termasuk empat orang awam itu ditahan pada Ops Selat dijalankan SPRM bersama JIM Putrajaya, 16 November lalu.

Sembilan anggota JIM ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar Johor.

Dua orang awam pula di tahan di Johor Bahru dan masing-masing seorang di Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang pada hari yang sama.

Pada 17 November lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan permohonan reman ke atas mereka selama tujuh hari.

Perintah reman kemudian dilanjutkan pada Isnin lalu bagi tempoh lima hari lagi yang berakhir esok.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button