Dunia

Vaksinasi COVID-19 di Sweden mula seawal Januari depan

Kumpulan berisiko jadi keutamaan seperti warga emas, profesional kesihatan

STOCKHOLM, 11 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Program vaksinasi COVID-19 Sweden dijangka dimulakan seawal Januari tahun hadapan, kata Ahli Epidemilogi negara, Anders Tegnell. 

“Pertama sekali, vaksin mesti melalui tinjauan yang diperlukan dan diperakui sebelum digunakan.

“Penilaian kami adalah bahawa vaksinasi ini boleh bermula seawal bulan Januari,” kata Tegnell. 

Katanya, kumpulan berisiko iaitu golongan warga emas berusia 70 tahun ke atas, penjaga orang tua, profesional kesihatan dan mereka yang bekerja rapat dengan kumpulan berisiko akan diutamakan dalam proses vaksinasi. 

“Di Sweden, vaksinasi harus dilakukan sesuai dengan prosedur perancangan dan persetujuan yang ada,” katanya. 

Sejumlah 236,355 kes telah diuji positif COVID-19 di Sweden setakat ini, termasuk 6,622 kematian dan 3,187 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), menurut data terbaru Badan Kesihatan Awam yang dikeluarkan, semalam. 

Sweden antara satu daripada beberapa negara yang tidak melaksanakan langkah-langkah penutupan ketat, sebaliknya bergantung pada saranan masyarakat untuk membendung penyebaran wabak itu.

Namun, setelah melihat kepada lonjakan kes baharu, negara itu kemudiannya mengambil langkah mengumumkan sekatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button