Berita Utama

30 peratus rakyat dijangka dapat vaksin COVID-19 tahun depan

Kerajaan telah menandatangani dua perjanjian bagi tujuan itu

KUALA LUMPUR, 12 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Seramai 9.6 juta atau 30 peratus rakyat Malaysia dijangka memperoleh vaksin COVID-19 tahun hadapan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah menandatangani dua perjanjian bagi tujuan itu.

Semalam, beliau mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer untuk mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia.

“Selain perjanjian dengan Pfizer, kerajaan juga telah menandatangani perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

“Insya-Allah, kita akan menerima bekalan vaksin secara berperingkat mulai suku pertama tahun depan,” kata beliau yang juga merupakan Presiden Bersatu dalam ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang dibuat secara maya hari ini.

Muhyiddin berkata beliau yakin dengan akses kepada vaksin itu serta usaha berterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik berkenaan, Malaysia akan berjaya mengawal sepenuhnya kes jangkitan sekali gus membantu memulihkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button