Berita UtamaPendapat

Apa maksud kebijaksanaan Salahuddin? Lompat partikah?

Kempen ‘anti-katak’ adalah hipokrasi nyata jika ada lompat parti

MENURUT Timbalan Presiden Parti AMANAH, Salahuddin Ayub, Shafie Apdal perlu guna ‘kebijaksanan’ jika mahu tubuh kerajaan bagi negeri Sabah. Beliau dilaporkan berkata Shafie boleh bincang untuk membentuk kerajaan sebab Parti Bersatu Sabah (PBS) ada tujuh kerusi, bebas ada tiga.

Apakah ‘kebijaksanaan’ yang dimaksudkan itu? Adakah beliau maksudkan dengan memujuk mereka yang baru sahaja memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini untuk melompat supaya menyokong parti Warisan bagi membentuk kerajaan?

Jika benar akan ada ‘pujukan-pujukan’, apa pula yang ditawarkan kepada mereka yang melompat itu nanti? Tawaran pastinya dalam bentuk perkara-perkara yang lumayan, takkanlah percuma sahaja.

Jika benar akan ada proses lompat-melompat ke dalam kem Warisan, maka kempen mereka yang kuat melaung-laungkan seruan ‘anti-katak’ adalah satu hipokrasi yang nyata.

Sekali lagi, rakyat hanya akan ditipu dan diperbodoh-bodohkan sahaja dengan janji-janji palsu.

Mungkin Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dapat membentuk kerajaan sekarang, tetapi adakah jaminan kerajaan itu akan kekal?

Boleh jadi strategi melompat-lompat ini tidak dilaksanakan sekarang, tetapi dalam masa sebulan dua lagi atau bila-bila masa yang sesuai.

Kita tidak tahu apa ‘game’ yang mereka mahu mainkan selepas ini, tetapi yang pasti tidak akan menguntungkan rakyat dan hanya menguntungkan diri mereka sahaja.

Kita tunggu dan lihat, apakah yang bakal terjadi.

Jangan terlalu bersorak sangat sekarang kerana terlalu ramai ahli politik yang tidak boleh dipercayai.

Lihat sahaja bagaimana mereka yang pernah lompat parti dan lompat semula boleh bertanding dalam PRN kali ini (dan menang). Fikir-fikirkan.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber:
https://malaysiagazette.com/2020/09/27/shafie-kena-guna-kebijaksanaan-jika-mahu-tubuh-kerajaan-salahuddin

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button