Dunia

5 minggu berturut-turut jemaah Palestin dihalang solat di Al-Aqsa

Jemaah dari Tebing Barat, Gaza wajib dapat kebenaran khas ke Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 12 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Untuk lima minggu berturut-turut, rejim pengganas Israel menghalang ratusan penduduk Palestin di Tebing Barat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa. 

Menurut Agensi Anadolu, polis Israel menyekat jemaah dari Tebing Barat di pusat pemeriksaan di pintu masuk Old City, Baitulmaqdis.

Pihak berkuasa Israel mengarahkan semua jemaah untuk menunjukkan maklumat pengenalan bagi membuktikan mereka bukan dari Tebing Barat yang dijajah.

Agensi itu berkata, jemaah warga Palestin yang disekat memasuki Masjid Al-Aqsa kemudiannya hanya menunaikan solat Jumaat di kaki lima jalan berhampitan Old City.

Difahamkan, polis Israel mengawal pusat pemeriksaan di pintu masuk ke Old City pada waktu pagi.

Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Yusuf Abu Sneina menegaskan dalam khutbahnya bahawa masjid berkenaan hanya untuk orang Islam.

Ribuan penduduk di Baitulmaqdis Timur dan Palestin yang tinggal di Israel menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa di tengah langkah keselamatan yang diperketatkan. 

Israel mewajibkan penduduk di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza mendapatkan kebenaran khas untuk ke Baitulmaqdis atau bersolat di Masjid Al-Aqsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button