Berita UtamaDunia

‘Amat spekulatif’ dakwa COVID-19 tak muncul di China: WHO

Komunis dakwa virus mungkin berasal dari luar negara

GENEVA, 12 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Jawatankuasa Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata ‘amat spekulatif’ untuk menyatakan coronavirus tidak muncul di China, yang mana virus itu pertama kali dikenal pasti di pasar makanan pada Disember tahun lalu.

“Saya rasa amat spekulatif untuk kita mengatakan bahawa penyakit ini tidak muncul di China,” kata Mike Ryan ketika taklimat maya di Geneva apabila ditanya sama ada COVID-19 pertama kali muncul di luar China.

Katanya, dari perspektif kesihatan awam jelas bahawa siasatan dimulakan di mana kes-kes manusia pertama kali muncul.

“Bukti mungkin kemudian menuju ke tempat lain,” tambahnya.

Beliau mengulangi bahawa WHO berniat menghantar para penyelidik ke pasar makanan Wuhan untuk menyiasat virus itu lebih mendalam.

China melancarkan naratif melalui media negara bahawa virus itu ada di luar negara sebelum dijumpai di bandar Wuhan, dengan menyebut adanya coronavirus pada bungkusan makanan beku yang diimport dan jurnal ilmiah yang mendakwa ia telah merebak di Eropah tahun lalu.

Dakwaan itu difahamkan sebagai bukti bahawa COVID-19 mungkin bukan berasal dari China.

“#COVID19 tidak berpusat di Wuhan, China tetapi mungkin melalui makanan dan pembungkusan beku yang diimport: para pakar,” kata catatan Facebook rasmi Parti Komunis yang memerintah, People’s Daily.

Sebelum ini, WHO dituduh oleh pentadbiran Donald Trump sebagai ‘berpusatkan China’, namun tuduhan itu dinafikan berulang kali. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button