Berita Utama

Penjawat awam Pahang terima bantuan khas RM300

Pesara kerajaan negeri pula RM200, dibayar September ini

BANGI, 13 Safar 1445H, Rabu – Kerajaan Pahang hari ini meluluskan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan RM200 untuk pesara kerajaan negeri.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai 8,000 penjawat awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai serta kakitangan kontrak akan menerima manfaat bantuan khas berkenaan.

Beliau berkata, pemberian bantuan khas ini adalah tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggunjawab dengan penuh amanah.

“Pemberian bantuan khas ini melibatkan implikasi kewangan RM2.4 juta dan pembayaran akan dibuat pada bulan September 2023.

“Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini penjawat awam negeri Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button