Dunia

Gaza eksport 44 tan minyak zaitun ke Arab Saudi, UAE

Usaha kementerian bantu golongan petani tingkatkan kemampuan diri

GAZA, 12 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Buat pertama kali, Palestin akan mengeksport minyak zaitun dari wilayah terkepung ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Perkara itu diumumkan Kementerian Pertanian Palestin di Gaza dalam satu sidang media, semalam. 

Jurucakap kementerian, Adham Al-Basyouni berkata, 44 tan minyak zaitun dieksport ke negara-negara Arab setelah mencapai kemampuannya. 

Katanya, pihak kementerian berusaha untuk mengeksport lebihan minyak zaitun Gaza sebagai sebahagian daripada sokongan kepada petani. 

Pedagang makanan dan pertanian dari Gaza, Hamdi Al-Jerjawi mendedahkan bahawa minyak itu dieksport ke Arab Saudi dan UAE. 

Memuji langkah itu, Al-Jerjawi berkata, ia secara tidak langsung akan membantu golongan petani di Gaza untuk meningkatkan kemampuan mereka. 

Difahamkan, terdapat 33,400 zon kebun zaitun di Gaza yang menghasilkan 23,250 tan minyak setiap tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button