Artikel KhasPendapat

MB Kedah, jangan tunduk kepada ultra kiasu dan u-turn

Rumah ibadat bukan Islam sudah cukup meriah

BILA Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor meminta pihak yang mengecam keputusan kerajaan negeri tidak memperuntukkan dana khas kepada rumah ibadat bukan Islam supaya menunjukkan bukti bantuan seumpama itu pernah disalurkan sebelum ini.

Hari ini MIC Kedah mendedahkan surat rasmi Jabatan Perdana Menteri (JPM) Disember 2017, dan gambar-gambar sebagai bukti peruntukan disalurkan kepada sekolah tamil, kuil dan NGO di Kedah, ketika pemerintahan BN di negeri tersebut, pada 24 Januari 2018, RM480,000.

Nampaknya sangat kepentingan politiknya. Ketika itu sudah dekat sangat degan PRU14, kemarukkan sangat undi, apa diminta, semua diberi. Akhirnya apa jadi dengan negeri Kedah.

Saya tersenyum, membaca bukti surat ICU tersebut. Ini bukan peruntukan tahunan tetapi, ‘peruntukan politik desparado’, menjelang PRU14. BN mahukan undi orang India menjelang PRU14.

Di sinilah silapnya BN dalam menilai percaturan politik untuk memenangi setiap pilihan raya. Mereka ingatkan bila diberikan bantuan sedemikian, undi akan beralih, wal hal tidak.

Ingatan saya kepada pemimpin MIC tidak kira di negeri mana, tidak usahlah ikut perangai ultra kiasu, parti ultra kiasu.

Baharu sahaja beberapa hari lepas, saya puji kamu kerana menyokong larangan jualan arak di Wilayah Persekutuan. Kini, saya terpaksa pula mengkritik kamu.

Di peringkat pusat dan peringkat negeri, kebajikan masyarakat bukan Melayu, India dan Cina, terutamanya sentiasa terjaga, walaupun tidak sepenuhnya.

Lambakan kuil dan rumah ibadat ini melebihi surau dan masjid.

Penduduk tidak seberapa ramai, tetapi, rumah ibadat begitu banyak. Contoh, di Batu Caves itu sendiri. Itu tanah kerajaan, bukan tanah persendirian, tetapi sudah macam tanah persendirian. Ini kebajikan ke bukan?

Di Kedah, jangan pergi jauh, singgah sahaja di Sungai Petani, meriah sungguh dengan kuil. Sehinggakan jalan lurus terpaksa dibengkokkan. Tempat-tempat lain, usahlah cerita.

Tidak boleh dibayangkan jika masjid surau terletak di tengah jalan tersebut. Rasanya roboh lama dah. Tetapi kerajaan negeri terlalu baik.

Pelik sungguh ultra kiasu ini, hanya nampak bantuan dan kebajikan itu dalam skop yang amat sempit.

Bantuan rumah ibadat itu bukan peruntukan tahunan, bukan pun hak, tetapi bantuan ihsan sahaja.

Tidak ada sebab bantuan perlu diberikan, kerana pembinaannya dibuat sesuka hati, kawasan dan tanah milik orang lain.

Beberapa kali saya kata dan buktikan, di India, majoriti penganut Hindu, pembinaan kuil tidak didanai oleh kerajaan tetapi oleh individu. Kenapa perlu kerajaan bantu, dalam keadaan rumah ibadat didirikan sesuka hati.

Jika tak faham maksud kebajikan, mari saya ajarkan apa makna kebajikan. Begini, saya nak dengar sama pemimpin MIC perjuangkan nasib Allahyarham Adib, berasal daripada Kedah yang terkorban dalam rusuhan kuil di Subang Jaya dua tahun lalu. Itu baharu namanya kebajikan.

Satu lagi kebajikan berkaitan kuil. Saya ingatkan kembali.

Bulan November tahun ini, telah genap dua tahun tragedi malang apabila anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya pada 27 November 2018. Namun, setelah kematian wira negara ini, kes yang awalnya diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tiba-tiba telah dinyatakan sebagai kemalangan.

Kenapa pemimpin MIC tidak tampil perjuangkan kebajikan Allahyarham Adib.

Kerajaan telah terlebih beri kebajikan. Tanah ganti kuil, tempat Allahyarham Adib dipukul sehingga terkorban, telah diberi dan diganti. Itupun dah diambil. Kuil yang sepatutnya pindah, tidak juga pindah-pindah. Dua-dua dapat, tanah baru kuil dapat, kuil lama tidak pindah. Apa erti semua ini. Tidakkah ini ultra kiasu namanya

Itu pun tak faham ke maksud kebajikan.

Saya pun pelik dengan MIC Kedah ini, sikit sikit kuil, kuil, kuil, kuil

Orang Cina dan Siam tidak pula sebising MIC, walaupun bilangan orang Cina jauh lebih ramai.

Peruntukan zaman Najib itu, peruntukan politik, datangpun daripada ICU.

ICU ini lebih kurang macam peranan JASA juga dahulu, mencari sokongan dan undi. Cuma ICU ini lebih kepada bantuan projek pembangunan.

Sebab itu bila membantu kepada kaum apa sekalipun, bantu atas nama hak, bukan kerana politik atau tujuan lain seperti mendapat undi.

Daripada memberikan peruntukan tersebut untuk mendanai kuil, lebih baik bagi sebahagian kepada kami untuk kami membuat kajian mengenai lambakan rumah ibadat bukan Islam, antara keperluan dan kesukaan.

Sudah sampai masanya kajian secara akademik dibuat mengenai lambakan rumah ibadat. Satu keperluan atau tidak?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pemerhati politik

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button