Berita Utama

Bincang dengan Thailand banteras kegiatan penyeludupan

Tambah baik strategi, rondaan untuk perkukuh kawalan sempadan

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Penambahbaikan strategi dan rondaan untuk memperkukuhkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand, susulan insiden tembakan di kawasan berkenaan baru-baru ini sudah mula dilaksanakan sejak Khamis lalu bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, penambahbaikan berkenaan antaranya melibatkan penugasan rondaan dengan lebih ramai anggota berbanding sebelum ini.

“Selain itu, pasukan Komando VAT 69, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, kenderaan berperisai, penggunaan dron dan rondaan melalui helikopter digunakan untuk membantu PGA membuat tinjauan di sempadan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mengulas mengenai penugasan PGA yang masih menggunakan pistol, beliau berkata, penggunaan senjata api itu hanya untuk penugasan risikan manakala untuk rondaan, anggota PGA dibekalkan dengan senjata raifal.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata, PDRM telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Thailand untuk membanteras kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button