Dunia

Gaza rugi AS$16.5 bilion angkara sekatan rejim Israel

Kadar kemiskinan meningkat 56 peratus, penduduk dinafikan hak perubatan

GENEVA, 13 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Sekatan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan kerugian sebanyak AS$16.5 bilion kepada ekonomi wilayah dan melumpuhkan separuh penduduk di bawah garis kemiskinan. 

Perkara itu didedahkan dalam laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Persidangan Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), merangkumi tahun antara 2007 dan 2018.

Dalam laporan itu, UNCTAD meminta penjajah Israel segera menghentikan pengepungan kerana tindakan berlanjutan menyebabkan kegiatan ekonomi di Gaza hampir runtuh dan kadar kemiskinan meningkat kepada 56 peratus.

“Keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya sekatan berterusan. 

“Sekatan yang tidak adil di mana dua juta penduduk Palestin yang berada di Gaza harus segera dihentikan. 

“Mereka perlu dibenarkan bergerak bebas, berniaga dan berdagang dengan dunia luar,” kata Penyelaras Bantuan kepada Rakyat Palestin UNCTAD, Mahmoud Elkhafif.

Sejak Jun 2007, penduduk Gaza berada di bawah kepungan – darat, laut dan udara – Israel yang ketat, malah turut dinafikan hak mendapatkan rawatan perubatan. 

Di bawah pengepungan menindas ini, Israel telah mengurangkan kemasukan barangan, sementara perdagangan dan eksport ke luar dihentikan kecuali untuk perkara tertentu.

Laporan turut menyebut bahawa penduduk Gaza berdepan akses air bersih yang sangat terhad, selain kekurangan bekalan elektrik harian dan tiada sistem kumbahan yang teratur.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button