Berita Utama

Kanak-kanak lima tahun maut dicampak

Polis siasat punca kejadian, forensik buat siasatan di lokasi

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat empat sebuah apartment di Danau Kota, di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berlaku pagi tadi dan polis masih menyiasat punca kejadian selain pasukan forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian.

“Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.

Bernama difahamkan butiran lanjut berhubung kejadian terbabit akan dimaklumkan dalam kenyataan media oleh polis Wangsa Maju. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button